I love China...
Sejak 15 tahun lagi, selepas melihat gambar2 adik kepada kawan pergi melawat Beijing. China adalah negara pertama di dunia yang paling aku minat. Hati sudah tertarik untuk melihat sendiri tanah besar yang indah dan kaya dengan sejarah ini. Tambahan lagi 10 tahun lepas masa tu aku di Singapore. Aku terjumpa beberapa perempuan dari China. Cara pakaian mereka sangat cantik. Jauh 10x lebih modern & update dari penduduk Singapore.
Sebelum ke China aku ada jumpa beberapa orang kawan. Pernah dengar cerita yang mengambarkan orang2 China, keadaan China.. bla bla bla yang kurang maju & kotor.
Semua gambaran tu tak dapat padam minat aku yang sangat mendalam *cewah* :)
Bukan itu saja yang buat aku tertarik sangat dengan China..
Negaranya yang indah, aman, kaya dengan sejarah, maju, mesra, iklim nye yang nyaman dan banyak lagi keistimewan negara ini.
Dalam Al-Quran ada menyebut “Tuntutlah Ilmu sampai ke negeri China”. Rasanya tak heran atau salah lagi kalau aku membanggakan China. Tanah besar yang memiliki ramai penduduk. Umat Islam di China melebihi penduduk di Malaysia. Bangsa nye berada di seluruh ceruk merata dunia. Setahu aku bahasa China adalah bahasa nombor 2 di dunia. Pada pandangan ku, jika Amerika yang negaranya besar & rakyat nya yang ramai membuatkan mereka berkuasa di dunia. China juga mungkin akan dapat mengambil alih status itu. Contoh.. sekarang pun dah dapat rasa bahang dari segi ekonomi.
Shanghai, China 08/09/2009
Dari udara aku merayapkan mata melihat tanah besar ini dari atas melalui tingkap kapal terbang. Tak sabar.. hati ni mengembang jer rasa..hehe Dari tadi aku peratikan ke bawah. Tapi tak clear la.. berkabus. Apa cuaca di China tengah sejuk ker? Abis lah aku.. aku dah la takut sejuk. Baju sejuk Adidas nipis ada la bawak. Adui laa...banget!~
Sesampainya aku di airport dan selepas keluar, aku tak rasa kesejukan pun. Masa naik van pun tak rasa.. panas jer.. Dalam perjalanan menuju bandar, aku nampak udara tetap sama. Kalau kat KL ni jerebu sampai kabur pandangan. Tapi di Shanghai lebih teruk plak. Aku mengalih pandangan ke kereta2 yang lalu lalang. Semua kereta mereka berhabuk diselaputi debu. Pokok2 daun pun semua kotor. Aduh tak best lah macam ni. Udara di Shanghai sangat teruk. Aku teringat MASK yang ku bawa kunun2 nak elak H1N1. Boleh la aku pakai jup lagi kalau jalan2 out door. Perasaan yang hampa kerana keadaan udara yang tak elok itu dapat kureda kan...hee
Perjalanan dari airport ke bandar jauh la pula. Ada sejam lama nya. Jalan raya di Shanghai besar beap! Kalau highway Malaysia 2 line, kat sini 4 line..wow~ Bukan di highway nya jer 4 line, di tengah2 bandar pun 4 line juga..bayangkan la! Bangunan nya yang lawa. Tak sangka Shanghai maju giler.
Aku jalan sampai sakit kaki. Terpaksa mencari kedai untuk beli sandal. Aku hampa lagi sekali masa mencari kasut di sini. MAK DATUK!! mahal giler.. kasut yang melabak kat Sungai Wang yang harga dalam RM30, kat sini sampai RMB300(RM150) Apa kah semua ini? Setau aku Malaysia import banyak produk dari China. Tak kan barang dari kilang harga mahal!!~ Kenapa..? Mengapa..? Oh tidakkk.. Hancurnya hati, harapan aku untuk datang sini shoping barangan murah telah punah. Kucewa..
Cari kasut murah punya lah susah. Lama gak jalan2 cari kasut sajer..last2 dapat. Itu pun kira mahal kalau bandingkan dari kasut kat Malaysia yang lebih cantik & murah.
Dalam masa jalan2 tu, aku lihat perempuan2 di bandar Shanghai lain dari tempat lain dalam dunia. Uiksss... Aku dapati mereka masing2 pakai kasut cantik. Nak cakap funny, tak funny..nak cakap aku ni macam ketinggalan zaman..mungkin jugak. Terasa macam aku ni ketinggalan zaman betul dengan pakai kasut sandal coklat yang baru beli. Mereka yang berumur pun pakai kasut tinggi berwarna warni, berbunga-bunga.. bereben-reben.. yang badan gempal, kurus, rendah, tinggi, pakaian cantik & tak cantik..macam SEMUAaa PAKAI KASUT CANTIK.. PELIK nye akuuuu... Kebanyakan mereka di sini kayuh basikal. PUNnn pakai kasut tinggi & cantik!!~ Bayangkan la.. pelik ker tak?!! Aku pun nak pakai gak, tapi apakan daya.. kaki sakit berjalan. Macam mana la agak nya kaki mereka boleh tahan jalan2 dari gedung ke gedung pakai kasut tinggi. Lenguh tu.. Bangunan2 kat sini nampak dekat, tapi nak jalan jauh gak. Shanghai ni besar. Rasa nakKkk jer aku beli basikal. Jenuh tu kalau jalan kaki nak abis tengok semua tempat. Huh.. penat.. Aku teringat Jalan Bukit Bintang yang ramai orang dari China berkerja di reflexology. Mungkin mereka semua kebanyakan dari Shanghai. Pasal dah expert di sini bab lenguh kaki :)
Kekecewan aku sejak berada dia China harus aku padamkan (mana nye tak kecewa.. sampai ajer nampak dah udara kotor ya amat. Lepas tu nak beli sandal mahal giler2. Tu belum tengok barang2 lain lagi) Aku tak nak perkotak katik kan tempat ini. Aku masih kagum dengan sejarah2 lamanya. Shanghai memang maju & terkenal sejak berabad tahun lagi. Lebih terkenal dari Beijing.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment